ANAK SUKA HISAP JARI???
Azie yakin mesti ramai yang bayinya suka sangat hisap jari. Bukan setakat hisap jari tangan, jari kaki pun sumbat jugak. Macam anak azie sendiri sekarang dah umur 5 bulan. Seingat Azie, sejak dia umur 3 bulan lebih macam tu dah mula hisap jari tangan. Tapi mula-mula tu hisap macam tak kena je. Mungkin masa tu dia masih tak pandai nak letak jari dalam mulut. Lama-lama dah jumpa ibu jari, memang khusyuk lah dia menghisap. Siap bunyi :"cut,cut,cut" lagi. Sedap sangat agaknya. Semua barang yang dia capai pun nak letak dalam mulut.
Kain lampin pun jadi mangsa. Alahai anak ibu yang bijak ni.
Kain lampin pun jadi mangsa. Alahai anak ibu yang bijak ni.
Adakah tabiat bayi suka menghisap jari ini satu tabiat yang merisaukan??? Jom lihat soal jawab ini yang Azie dapat dari laman web PA&MA.
S : Anak saya berusia 3 bulan. Sejak usia 2bulan lagi anak saya kerap menghisap jari tangan sebelah kiri. Padahal saya tidak pernah lambat bagi susu. Kenapa anak saya berkeadaan seperti itu atau adakah penyebab lain?
AyangPuchong
J : Tindakan bayi menghisap jari tangan bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan
susu kepadanya.
Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Banyak lagi
tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan
jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita
apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita. Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan
benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka
semakin membesar nanti. Jangan terkejut pula apabila puan akan merasai sendiri
dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa.
Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan.
Sedikit tambahan info
Suka menghisap ibu jari
Asas tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau kurang selesa.
Kanak-kanak berkenaan mungkin tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan
orang di kelilingnya selama ini.
Kanak-kanak berkenaan mungkin tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan
orang di kelilingnya selama ini.
Dia mendapati bahawa ibu bapanya mula memberikan perhatian dan mengawasi
tingkah lakunya apabila dia menghisap jari. Ini menggembirakannya dan dia terus
mengamalkan tabiat berkenaan. Ada juga kanak-kanak yang terikut-ikut kanak-kanak lain.
Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan hilang dengan sendiri tanpa terapi.
tingkah lakunya apabila dia menghisap jari. Ini menggembirakannya dan dia terus
mengamalkan tabiat berkenaan. Ada juga kanak-kanak yang terikut-ikut kanak-kanak lain.
Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan hilang dengan sendiri tanpa terapi.
Jadi, jangan rasa risau ya. Ianya normal! Pernah dengar tak ungkapan "Bayi hisap jari ni
budak yang baik". Pada pendapat Azie, bila bayi menghisap jari, mereka
seakan-akan khayal dan berada dalam dunia mereka sendiri. Sebab itulah,
mereka tidak banyak ragam apabila dapat menghisap jari. ^^v
Jika anda semua ada pendapat atau pengalaman berkaitan topik ini boleh komen
di bawah ya.
Mana tahu ada yang mempunyai pengalaman melucukan untuk dikongsi. ^^V
No comments:
Post a Comment