Sunday, 27 September 2015

Punca Jerawat Di Sekitar Wajah

Ramai yang beranggapan jerawat tumbuh di muka kerana ketidakseimbangan hormon atau akibat tidak menjaga kebersihan wajah. Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit. Namun, ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam. Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.


DAHI
Sejurus dapat tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.

ZON-T
Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

SEKELILING MATA
Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan nyahhidrat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

PIPI BAHAGIAN ATAS
Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran itu melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka. Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu.

PIPI BAHAGIAN ATAS
Uniknya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.

HIDUNG
Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.

TELINGA
Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan garam dan kafein.

DAGU
Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.

Jerawat anda ada pada bahagian mana? Dah tahu punca-puncanya kan? Jom amalkan cara untuk atasi jerawat mengikut tempat jerawat kita tumbuh.


Azie ada nak kongsikan TIPS ATASI JERAWAT dengan BERKESAN.. nantikan ia dalam entry seterusnya ya. Stay tuned..

Kredit artikel: Majalah EH!

No comments:

About Me

My photo
Saya adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE dengan ID 965511. Menawarkan HARGA TERENDAH + banyak EXTRA + FREE FOLLOW UP + FREE CONSULTATION 0169226510..sms..whatsapp FB : nor sadri FB PAGE: azie's health & beauty center