Tuesday, 6 October 2015

Semua Wanita Perlu Tahu APA ITU PCOS

Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

1. Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?

PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

2. Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?

• Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak

• Kegemukan atau obesiti

• Kencing manis

• Kolesterol Tinggi

• Kemandulan

• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada

3. Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?

Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:

• Kitaran haid yang tidak teratur

• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang

• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

4. Apakah itu ‘polycystic ovary’?

Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’.  Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS

5. Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?

Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

6. Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?

• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

• Masalah kolesterol tinggi

• Masalah darah tinggi

• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi

• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

• Masalah tidur

• Penyakit murung

7. Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.

• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur

• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.

• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.

• Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.

SUMBER/KREDIT kepada : http://drnatashanorfertility.com/category/info-asas/polycystic-ovarian-syndrome/

No comments:

About Me

My photo
Saya adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE dengan ID 965511. Menawarkan HARGA TERENDAH + banyak EXTRA + FREE FOLLOW UP + FREE CONSULTATION 0169226510..sms..whatsapp FB : nor sadri FB PAGE: azie's health & beauty center