Ada yang alami macam ini tak?
Siapa yang rasa macam ini, kita geng!!
Azie masa zaman sekolah dulu, memang rasa azie lah paling cantik kulit muka sbb Azie tidada jerawat, tiada masalah kulit yang teruk..klu sunburn tu biasalah tapi tak teruk pun. Sampai kawan-kawan suka puji, kulit Azie ni bersih tiada jerawat. Wah! mmg syok sendiri. Perasan habis!!! Tapi bila tersalah pakai produk yang entah apa-apa, muka jadi HODOH sangat. Ini semua sebab nak jadi putih gebu dengan masa singkat!!
Ini bukan rekaan ya. Gambar dalam ini tak nampak teruk sangat. Sebenarnya ada lagi gambar yang lebih teruk tapi dah delete sebab tak sanggup nak simpan. Huhu..
Tahap teruk tu sampaikan bila tengok muka sendiri rasa sedih tahap dewa! Rasa macam bukan muka sendiri dalam cermin!! Muka berminyak macam kena sapu minyak masak, parut hitam penuh, jerawat naik susah nak surut. Bila lambat surut, mula lah tangan dok picit sebab tak boleh terima hakikat jerawat tak surut. Lagi lah jadi banyak parut!!
Setiap kali keluar rumah memang rasa rendah diri. Lagi-lagi bila dikelilingi dengan orang muka cantik. Lagilah rasa nak tekup muka guna topeng!! Pakai bedak tebal seinci tak berguna pun, lagi muka rosak. Bedak pun cepat cair sebab tak sampai tengah hari, muka dah berminyak.
Azie pernah dapat gelaran dari seorang classmate lelaki..apa gelaran tu?? HIDUNG BERKILAT!! Tahu tak apa perasaan bila dapat gelaran macam tu? Lagi-lagi dari seorang lelaki. Grrr! Rasa nak tampar laju-laju budak tu tapi apa yang dia cakap memang betul pun. Terus rasa nak tampar diri sendiri.
Sekian lama hampir setahun alami masalah wajah mengerikan, dan selepas Azie dah berhabis ribu riban untuk pelbagai produk yang tak bagi kesan pun, Azie akhirnya pulih!
Macam mana azie boleh berjaya atasi semua masalah kulit dan kehodohan wajah azie?
Jawapannya dengan SHAKLEE!! Bukan sebab Azie jual Shaklee Azie cakap mcm ni. Azie dah jatuh cinta dengan Shaklee sejak sebelum jadi ahli shaklee lagi. Dengan mencuba Sustained Release Vita C Plus 500mg (Sr Vit C) Shaklee dalam masa dua minggu semua masalah yang Azie hadapi hampir hilang 90%!
Terus rasa macam magik sangat sebab dengan hanya bermodalkan tak sampai RM100, masalah kulit teruk dapat diatasi. Sejak itu barulah azie sedar betapa berkesannya vitamin yang benar-benar 100% SEMULAJADI macam Shaklee. Jika kita ingin atasi masalah luaran, kita perlu mulakan dari dalaman.
Alhamdulillah, produk shaklee yang paling membantu azie mendapat kulit yang kekal cantik dan bersih ialah SR VIT C, ESP dan terbaru ialah COLLAGEN POWDER. Kiranya kalau dalam sehari tu tak ambil produk ini, mesti rasa tak lengkap.
Jom azie kongsikan khasiat dan manfaat yang azie dapat dari SR VIT C, ESP dan COLLAGEN POWDER.
1) SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS 500MG (Sr Vit C)
Kelebihan
1 biji vit c membebaskan vitamin c nya secara perlahan-lahan bagi memastikan badan betul-betul dapat menyerapnya.
Vit c ini membantu memberi kesan SEAWAL 1 MINGGU. Malah ada juga customer Azie yang mengakui mendapat hasil positif seawal 2 hari pengambilan.
Kos 1 biji Sr Vit C ialah 50sen sahaja sehari! JIMAT!
Kesan kepada KULIT.
Ia membantu mengatasi JERAWAT, KULIT BERMINYAK, PARUT dan RESDUNG. Azie mendapat hasil positif seawal 1 minggu! Selepas 2 minggu, ramai kawan dan orang disekeliling tegur dengan perubahan kulit yang ketara.
Kesan kepada ANTIBODI.
Azie pernah rasa nak demam sangat. Badan dah menggigil. Tapi rasa kat dahi dah panas. Dekat rumah memang tiada stock paracetamol seban memang tak gemar ubat tahan sakit. Jadi, Azie pun telan 2 biji Sr Vit C sebelum tidur. Alhamdulillah, esoknya badan tak panas. Memang tak rasa demam pun malah lebih cergas. Suami yang tengok pun terus pesan, lepas ni tak payah makan dan p_n_d_l. Makan vitamin c shaklee sayang tu je. Padahal suami yang suka ambik paracetamol tu. Hehe.. Tapi alhamdulillah sekarang bila nak demam, dia cari Sr Vit C shaklee jugak.
2) SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)
Kesan kepada KULIT.
Esp tinggi dengan protein yang bantu PEMBAHARUAN SEL, membaiki kulit rosak, percepatkan proses penyembuhan luka, mencerahkan, menghaluskan, menggebukan dan menganjalkan kulit, payudara dan pinggul.
Kesan kepada TENAGA
Apa yang Azie dapat dari Esp selain dari kecantikan kulit ialah , badan LEBIH BERTENAGA. Walaupun ketika berpuasa, Azie kurang rasa lapar dan tetapi bertenaga kerana protein dari Esp membantu beri kesan kenyang dan sebagai 'energy booster' kepada badan.
3) COLLAGEN POWDER
Collagen powder shaklee adalah 100% TULEN dari sisik ikan merah laut dalam. Molekul kolagennya sangat ringan, 1,000 dalton sahaja yang membantu ia mudah dan cepat diserap oleh badan. Kesan yang Azie dapat ialah:
- PARUT termasuklah stretch mark sangat pudar. Dah tak hitam macam dulu.
- Kulit lebih CERAH, LEMBUT, BERSERI, kurang BINTIK HITAM, lebih LEMBAB tapi tidak berminyak serta PORI semakin MENGECIL.
- RAMBUT kurang gugur, tidak seperti awal selepas bersalin dulu.
Semua manfaat ini Azie dapat walaupun belum sampai sekotak collagen powder Shaklee.
Jika ada yang ingin bertanya tentang pengalaman Azie ini, anda boleh hubungi Azie. Kepada yang berminat hendak mendapatkan produk shaklee, Azie pasti akan berikan HARGA TERENDAH + EXTRA SPECIAL!!
Sempena oktober ini bulan PROMI BESAR-BESARAN ESP, Azie berbesar hati memberi HARGA RUNTUH untuk semua set yang ada ESP:
- Set kecantikan
- Set penyusuan
- Set slimming
- Set tenaga
- Set ibu hamil
- Set berpantang
NAK BELI ESP sahaja pun boleh dapatkan HARGA RUNTUH hingga 31 Oktober ini.
Untuk pertanyaan dan pembelian hubungi:
Nor aziah (azie)
Pengedar sah Shaklee pahang (965511)
0169226510 call/sms/whatsapp
* PENGEPOSAN seluruh Malaysia
* COD Bera, Triang, Mentakab, Temerloh, Lanchang
No comments:
Post a Comment