Sunday, 9 November 2014

9 TIPS RELAKTASI (PENYUSUAN SEMULA)

APA ITU RELAKTASI?

Relaktasi adalah proses menyusukan semula bayi dimana sebelum ini bayi tidak menyusu dengan susu ibu atau sudah tidak mahu menyusu dengan ibunya hingga susu ibu tersebut menjadi sedikit atau kering. Relaktasi juga boleh dikatakan sebagai usaha untuk menghasilkan semula susu ibu setelah penyusuan berhenti.

Proses ini tidak mustahil untuk dilakukan, tapi memerlukan kesabaran yang tinggi. Semakin meningkat umur bayi itu, semakin banyak cabaran yang harus ditempuhi.  Selain usaha yang berterusan, doa yang berterusan juga sangat penting untuk menentukan keberhasilan usaha.

CARA MEMULAKAN RELAKTASI

Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memulakan relaktasi. 
Namun yang penting adalah ibu itu perlu memulakannya dan jangan sesekali berharap bayi anda akan terus faham dengan apa yang anda inginkan.

Ibu bolehlah memulakan skin to skin contact dengan bayi, iaitu menanggalkan pakaian bayi, hanya tinggal lampin sahaja. Masukkan bayi anda kedalam baju, atau selimut , pastikan kulit bayi dan kulit anda bersentuhan. Berikan bayi anda menghidu bau payudara anda. Sambil itu bercakap-cakaplah dengan bayi anda dengam mesra dan belailah bayi anda penuh kasih sayang.

Selepas itu anda boleh mempraktikkan babarapa TIPS yang boleh membantu proses relaktasi antaranya  :

1) Ibu perlu YAKIN. Keyakinan yang sangat tinggi sangat diperlukan. Sekali anda dah buat keputusan untuk relaktasi, jangan menoleh kebelakang, teruskanlah walaupun ianya mengambil masa dan agak mendugakan perasaan ibu.

2) Berjumpa, berhubung dengan KAUNSELOR mahupun PAKAR LAKTASI untuk mendapatkan bantuan . Ia sangat penting agar anda terus bersemangat dan tidak patah semangat.

3) Mengamalkan pengambilan suplemen/vitamin. Ianya sangat membantu untuk top up kekurangan nutrisi/vitamin dalam badan ibu.

4) RUTIN memerah susu hendaklah dijaga dengan sedisiplin mungkin. Jika tidak anda akan putus asa. Biarlah pada mulanya tiada setitik pun yang keluar, namun tetap diteruskan juga. Ini kerana peraturan penyusua ialah, MORE DEMAND, MORE SUPPLY. Lebih banyak permintaan/rangsangan, lebih banyak badan akan menghasilkan susu. Konsistensi mengepam adalah setiap 2-3 jam dan 15-20 minit setiap payudara..

5) Sentiasa tanam pada diri anda bahawa susu akan hadir, dan anda TAK PERLU STRESS/TERTEKAN memikirkan berapa banyak yang akan keluar.

6) Digalakkan mengambil makanan PENAMBAH/PENGGALAK SUSU untuk bantu lagi tingkatkan keyakinan anda. Namun anda tidak boleh bergantung 100% kepada makanan penambah susu, kerana jika rutin mengepam tidak dilakukan dengan konsisten, memang tidak akan mendatangkan hasil.

7) BERDOA sebanyak mungkin. Niatkan apa yang kita lakukan adalah untuk anak kita dan kebaikan masa hadapan mereka.

8) POSITIFKAN fikiran anda. Jangan fikir persepsi masyarakat yang memperlekeh usaha anda. Teruskan , sabar dan yakin boleh anda boleh melakukannya.

9) Selain itu SOKONGAN SUAMI juga sangat perlu dalam menjayakan relaktasi ini. Mungkin anda boleh menceritakan sedikit sedikit mengenai kebaikan penyusuan susu ibu ini.

Itulah serba sedikit sebanyak tips yang dapat Azie kongsikan kepada anda. Jika anda ada tips tambahan boleh kongsikan di ruangan komen yang untuk kebaikan bersama.

*****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin/supplement semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF dan FOLLOW UP khas untuk anda yang memilih Azie sebagai pengedar terpilih anda.

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Nor Aziah Sadri (Azie)
♥ SMS/WhatsApp : 0169226510
❤ CALL : 0179007338
♥ Email : azie_mie510@yahoo.com
❤ Facebook : Nor Aziah Sadri
♥ Fanpage : Azie's Health & Beauty Center
♥ Follow me on Instagram : Nor Aziah Sadri 

*BERMINAT ingin mencuba MILK BOOSTER?? Berikut adalah SET PENYUSUAN LENGKAP SHAKLEE. Namun tidak semestinya anda wajib mengambil kesemuanya. Anda boleh mengambil mengikut situasi masalah penyusuan dan bajet anda. Boleh hubungi Azie untuk KHIDMAT NASIHAT PERCUMA dan HARGA ISTIMEWA. Panduan penuh dan follow up akan diberikan. :)

No comments:

About Me

My photo
Saya adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE dengan ID 965511. Menawarkan HARGA TERENDAH + banyak EXTRA + FREE FOLLOW UP + FREE CONSULTATION 0169226510..sms..whatsapp FB : nor sadri FB PAGE: azie's health & beauty center