JERUK MANGGA ASAM BOI TERANGKAT |
Hahahahah.. Nama tak leh blah over ek. Tapi bagi sesiapa yang pernah mencuba memang terangkat pun kan?? Sedap melelah air liur kan?? Ha..angguk-angguk tu iya lah tu.. Hehehe.. Lagi sedap bila main order je pastu terus masuk mulut.
Tapi kan, tak syok lah kalau tak rasa air tangan sendiri. Lagipun nak buat jeruk ni memang sangat super duper senang!!! Azie rasa kalau bagi budak tadika buat pun boleh, kacang ja.. Eh apa pulak kacang, jeruk lah. Hehe.
Ok sebelum Azie lagi melalut dan sebelum anda semua tutup blog ni, baiklah Azie terus kepada resepi nya..
BAHAN-BAHAN
4 biji mangga muda
10 sudu besar gula
10 biji cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
1 paket asam boi
Sedikit garam
10 sudu besar gula
10 biji cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
1 paket asam boi
Sedikit garam
CARA-CARA
1) Potong/hiris mangga muda. Ikut suka hati anda nak potong macam mana.
2) Letakkan mangga dalam bekas besar supaya mudah nak satukan dan kacau bahan-bahan lain.
3) Campurkan cili yang dihiris halus, asam boi dan gula.
4) Akhir sekali masukkan sedikit garam (agak-agak je).
5) Kacau hingga sebati dan rata. Jangan letak air ya.. Sebab nanti gula tu akan cair juga dan jeruk tu akan berair walau tanpa tambah air.
6) Masukkan ke dalam balang atau apa-apa bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
7) Lepas tu ngap lah! Makan sejuk-sejuk lagi syok!!! Memang terangkat!!

Senang kan??? Macam buat cekodok atau lagi mudah dari cekodok..hehe..
Jadi anda tak payah lah beli dah kan. Boleh buat sendiri. Buatlah banyak mana pun. Silap-silap uolss pulak pegi jual. Hahaha.. Pun boleh
😃😃👍
Jadi anda tak payah lah beli dah kan. Boleh buat sendiri. Buatlah banyak mana pun. Silap-silap uolss pulak pegi jual. Hahaha.. Pun boleh
😃😃👍
Haa.. lupa pulak nak bagitahu. Kalau rasa nak tukar mangga kepada buah lain pun boleh macam epal, jambu. Jangan letak buah durian dah le.. nanti jadi tempoyak terus.. hihi..
Ok lah, selamat mencuba ya.. Sudi-sudilah tinggalkan komen kalau-kalau nak sharing pengalaman buat jeruk ka.. Tercekik jeruk ka.. Hehe.. Wokey..bye!! Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment