Tuesday, 4 November 2014

Endometriosis penyebab MANDUL

APA ITU ENDOMETRIOSIS?

Endometriosis adalah satu lagi penyakit kaum wanita.

Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain.

Semasa proses kitaran haid pada setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yang akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid. Bagi tisu yg wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah  di kawasan itu.

Menakutkan bunyinya kan? Tisu rahim yg membengkak atau berdarah tadi adalah punca kesakitan yg dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini!

APAKAH PUNCA ENDOMETRIOSIS BERLAKU?

Punca sebenar endometriosis tidak diketahui. Namun ada teori yg mengatakan ianya berlaku disebabkan tisu di dalam rahim yg sepatutnya keluar melalui faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bahagian peranakan wanita yang lain seperti telur atau ke pelvik.

RISIKO MENDAPAT endometriosis bertambah apabila seseorang itu:

-Datang haid dalam usia yang sangat muda.
-Mempunyai kitaran haid yang panjang melebihi 7 hari.
-Tidak pernah melahirkan anak
-Mempunyai ahli keluarga yg menghidapi endometriosis.

GEJALA-GEJALA endometriosis adalah seperti:

-Sangat sakit di bahagian bawah perut sebelum dan semasa datang haid.
- Haid yang tidak teratur atau darah haid yg banyak.
-Sakit semasa atau selepas hubungan kelamin.
- Sakit di bahagian belakang pinggang.
Sembelit atau cirit birit.

BAGAIMANA MENGENAL PASTI ENDOMETRIOSIS

Untuk mengenal pasti penyakit ini. Doktor akan melakukan scan melalui ultrasound di bahagian pelvik. Untuk lebih mendapat kepastian, laparoskopi di bhg pelvik akan dilakukan.

RAWATAN PENYAKIT INI BERGANTUNG KEPADA:
-Umur pesakit.
-Tahap serius gejala yg anda alami
tahap serius penyakit anda.
-Sama ada anda mahu mengandung atau tidak.

Salah satu komplikasi penyakit ini adalah sukar untuk mengandung atau berlaku kemandulan. Jadi, jika anda inginkan anak, anda perlu melakukan pembedahan utk merawat dan membuang penyakit ini.

Jika gejala yg anda alami tidak serius dan anda tidak berniat utk mendapatkan anak:
- Rawatan adalah berjumpa doktor setiap 6 atau 12 bulan utk doktor memastikan penyakit tersebut tidak melarat ke thp yg serius. Sakit yg dialami boleh dikurangkan dengan mengambil ubat tahan sakit manakala untuk memastikan penyakit tersebut tidak melarat, doktor akan menyarankan anda supaya mengambil pil cegah hamil berterusan selama 6-9 bulan.

Pil ini dapat membantu utk membantutkan proses pembesaran tisu di luar rahim tersebut. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan akibat ketiadaan haid. Salah satu contoh pil yg dimaksudkan ialah progesterone pil dan ia juga boleh didapati dalam bentuk suntikan. Kesan sampingan pada ubat ini ialah berat badan bertambah dan juga depression (kemurungan).

Bagi mereka yang tidak mengalami pengurangan sakit setelah mengambil ubat, tahap penyakit sangat serius dan ingin mendapatkan anak, pembedahan untuk membuang tisu di bahagian luar rahim tersebut adalah pilihan terbaik.

Bagi mereka yang telah berusia, doktor akan menyarankan pesakit melalukan pembedahan utk membuang sistem peranakan seperti rahim dan ovari (kilang telur) 

Secara kesimpulannya, rawatan dengan ubat tidak boleh mengubati penyakit ini tetapi berfungsi mengawal kesakitan. Hanya dengan pembedahan dapat membuang penyakit ini namun kebarangkalian untuk penyakit ini berulang masih ada.

Doktor selalunya menyarankan agar wanita yg menghidapi penyakit ini agar hamil kerana sepanjang proses penghamilan, haid akan berhenti dan ini boleh mengurangkan kesakitan dan melambatkan proses penyakit ke tahap yang lebih serius. 

APAKAH KOMPLIKASI ENDOMETRIOSIS?

1) 30-40% daripada wanita yang menghidapi penyakit ini mungkin akan mandul, namun setelah pembedahan dilakukan, peluang utk hamil kembali nomal.

2) Peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi di kalangan wanita yg menghidapi penyakit ini.

3) Sekiranya tisu rahim tersebut tumbuh di bahagian usus atau pundi kencing, ianya boleh menyebabkan masalah kesukaran membuang air. Tetapi ini jarang berlaku.

4) Kesakitan yg dialami setiap bulan ketika kedatangan haid juga akan menghadkan aktiviti seharian anda.

5) Tisu di bahagian luar rahim yang membengkak boleh menyebabkan pendarahan.

6) Tisu di luar rahim tersebut juga boleh berubah menjadi kanser terutama bagi mereka yg telah mencapai tahap menopaus, namun ianya juga jarang berlaku.

Semoga info mengenai penyakit ini dpt menambahkan pengetahuan anda tentang salah satu penyakit yg dihadapi oleh kaum wanita.

SUMBER: blog Dr. Lizzy

No comments:

About Me

My photo
Saya adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE dengan ID 965511. Menawarkan HARGA TERENDAH + banyak EXTRA + FREE FOLLOW UP + FREE CONSULTATION 0169226510..sms..whatsapp FB : nor sadri FB PAGE: azie's health & beauty center